Pages

Friday, September 17, 2010

Bermulanya...

Aku tatau nak mula dari mana. So aku blasah je la. Orait..hmmm..hari ni raya ke-8 tahun 2010. Hari Jumaat. Pagi ni nanti aku akan ke kubur arwah abang long, disertai dgn mak abah aku dan anak sulong arwah, Fatin. Lagi 2 org anak lelaki arwah tak ikot aku balik kg.

Kehadiran Fatin dan adik2 dia pada tahun ni, buat aku terimbau kenangan mereka masih kecik. Aku suka mengusik 3 beradik ni. Suapkan depa makan walaupun aku baru dapat sesuap dua nasi. Berenang bersama2 kat pool paling rabak di Saujana Hill. Layan main congkak walaupun depa slalu men ngelat. Si kecik yg dulu asyik banyak ragam manja. Ahh..byk lagi kenangan yg wat aku ingat sgt kat budak2 ni. Lagi2 masa arwah abang aku ada....
Fatin time umur 10 tahun
Aish, time umur 5 tahun










Tapi dah bertahun berlalu......depa ni dah besar. Si Fatin pun dah 13 tahun. Dah masuk alam anak dara sunti. Zaman yg pernah aku lalui. Agak tensed jugak bila dia dah pandai berbual ttg byk benda. Dulu aku slalu goreng dia kaw2...sbb seronok tgk cara budak2 berfikir. Lucu tapi sentiasa curious dgn keliling depa. Tapi itu hanya tinggal kenangan. Ishh....

Kini aku perlu guide depa ni supaya tak leka dgn dunia. Bapak dah xder. Masing2 yg lain pun bz. Pelajaran depa ni macam kurang diberi perhatian. So aku kene usahakan sesuatu. I'll find out soon.


Aku terlalu rindukan arwah abang aku. Apatah lagi mak aku. Ya Allah, kuatkan hati kami.......