Pages

Friday, December 27, 2013

The 10 Papers Band

Hye, we are The 10 Papers band.

WE ACCEPT DEALS FOR:

Annual Dinner, Birthday Party, Wedding, Corporate Event, Private Party, Music Festival, Launching Party, etc,

and yeah.....

BUSKING is our main activity.

Don't hesitate to get know us, share with us and have fun with us.

Any information or anything related to music, please contact:
Mr Redzuan at +6011-18625145

And feel free to visit us at https://www.facebook.com/pages/The-10-Papers/140371969464909


Tiap-tiap Hari (Bahagian 1 – Penangan mabuk)

Tiap-tiap hari aku dok mengira hari.
Tiap-tiap hari aku diulit rindu, cintan-cintun.
Tiap-tiap hari aku makan, minum.
Tiap-tiap hari aku telan ubat.
Tiap-tiap hari aku mengadapNya.
Tiap-tiap hari aku di atas kerusi tamu kayu.
Tiap-tiap hari aku menonton TV cap Singer. Naik bosan dibuatnya.
Tiap-tiap hari aku cakap-cakap dengan mak, abah.
Tiap-tiap hari aku asyik tekan-tekan keypad Nokia mak aku.
Tiap-tiap hari aku main-main mesej dengan mamat tu.
Tiap-tiap hari aku berlari ulang-alik marathon bagai, hanya ke singki.
Tiap-tiap hari aku rasa semput, mual, sakit kepala.
Tiap-tiap hari aku sembelit.
Tiap-tiap hari aku togak susu tepung Dutch Lady tapi.....
Tiap-tiap hari jugak aku muntah balik air susu tu..hmmm..
Tiap-tiap hari aku melayan sembelit lagi.
Tiap-tiap hari aku pakai ubat lawas sembelit..tapi doktor macam tak kenan lagu tu.
Tiap-tiap hari aku dengar monyet-monyet bising mencari makanan.
Tiap-tiap hari mak abah halau monyet-monyet tu jauh-jauh.
Tiap-tiap hari aku cuba perah ilham teragung kononnya tapi...
Tiap-tiap hari jugak aku kecundang ilham. Adoi.
Tiap-tiap hari aku berharap tulisan aku comel sikit.
Tiap-tiap hari aku rasa menyampah tengok tulisan buruk aku ni. Itu pasal la tak dapat ilham kot?
Tiap-tiap hari aku nak buat lagu ala-ala Jack Johnson.
Tiap-tiap hari aku sungguh-sungguh petik gitar walaupun ke laut.
Tiap-tiap hari kaki aku cuba dum-tak-dum-tak. Peh! Haremjadah.
Tiap-tiap hari aku uji vokal, mana tahu dapat macam Alicia Keys.
Tiap-tiap hari aku ada rasa bosan sebab...
Tiap-tiap hari itulah aku tak puas dengan pencapaian aku.
Tiap-tiap hari aku fikir aku tak berguna. Iye aku tau ini tak bagus untuk kesihatan.
Tiap-tiap hari aku pujuk diri dengan kata-kata pujangga.
Tiap-tiap hari aku cuba menjadi terbaik.
Tiap-tiap hari aku baca Pa & Ma.
Tiap-tiap hari jugak aku mengantuk setiap kali membaca. Apa nak jadi ni.
Tiap-tiap hari aku asyik lah mengantuk, takkan nak suruh mak bacakan untuk aku? Hamboi.
Tiap-tiap hari aku teringat kat mamat tu.
Tiap-tiap hari aku kira bila Isnin, Selasa nak tiba.
Tiap-tiap hari aku kembali mengira hari.
Tiap-tiap hari aku tunggu mamat tu.....suamiku.
.
.
.
.
.
Dan tiap-tiap hari jugak la aku masih tak sambung2 Part 2. Belum ada kerajinan dan masa sesuai. Wahahahahhaha

Wednesday, July 24, 2013

Kerepek Kentang Berempah (Home-made Spicy Potato Chips)

Haaaaaaaaaaaaa......ini kerepek kentang berempah yang dibuat oleh mak mertua saya. Kebanyakan yang merasa sample selalunya akan berpatah balik dan beli terus. Buat masa ni kami buat marketing melalui Facebook, bagi sample pada kawan2 dan jiran2, dan juga berniaga di tepi jalan sambil beri sample kepada orang yang lalu-lalang.

So kepada yang berminat untuk order:

Packaging A : 1 balang RM17.00
Packaging B1+B2 : 2 peket besar (1 kg) = RM30.00

Sila hubungi Redzuan +6011-18625145.

Oh ye, untuk postage fee, sila tambah RM6.00 (Sabah/Sarawak RM9.00).

*kami tidak buka untuk dibeli secara bundle buat masa ni kerana tiada packing besar yang sesuai.

Thursday, March 14, 2013

World Amazing & World's First Digital Camera (1975)

Created by Kodak's engineer Steve Sasson

In December 1975, Kodak engineer Steve Sasson invented something that would, decades later, revolutionize photography: the world's first digital camera. It was the size of a toaster, and captured black and white images at a resolution of 100×100 - or 0.01 megapixels in today's marketing terminology. The images were stored on cassette tape, taking 23 seconds to write. The camera uses an ADC from Motorola, a bog-standard (for the 1970s) lens from a Kodak movie camera, and a CCD chip from Fairchild Semiconductor - the same technology that digital cameras still use today. To playback the images, a special computer and tape reader setup (pictured below) was built, outputting the grainy images on a standard TV. It took a further 23 seconds to read each image from tape.




Mak ai. Ini rupanya kamera digital pertama. Beso semacam hihihihi. Ni aku copied dari page ni http://crazybreath.blogspot.com

Driver bus yang racist

12 Mac 2013 (Selasa) Jam 1.45 pagi

Aku selaku penumpang kereta Viva sedang syok berbual dengan si driver. Sedang melalui Jalan Tun Abdul Razak (Taman Tasek) depan Burger King tu, tetiba ada sebiji superbike (Kawasaki 16valve kalau tak silap) tergolek dog dan dragged agak jauh. Bas ekspres yang di belakang kami telah bergesel dengan dia sewaktu bas tu nak ke right lane sebab nak mengelakkan construction apa ntah kat bahu jalan, tanpa beri signal. Sedangkan motor tu already berada di right lane. Apa lagi kami pun berhenti la ke tepi nak tengok keadaan mamat tu. Mana la tau ada yang boleh kami bantu. Bas jahanam tu pun berhenti tepi tapi tak tengok dekat pun.

Aku pun berlari-lari anak ke arah mamat tu tapi aku rasa macam tertinggal sesuatu. Hallamak! Macam mana la aku boleh terlupa si driver aku ni. Pintu driver Viva tu ada masalah sikit, dah terputus kabelnya so kena bukak dari luar. Aku pulak menonong je tinggalkan dia, sepatutnya aku kena bukak pintu dia dan berkata "Jemput keluar kereta ye Tuan". Malang sekali aku terlupa. So dengan segala kepayahannya, dia pun berjaya keluar kereta. Ada drama pak pandir la pulak time-time genting-gentong ni hehehhehehehe.

Banyak jugak luka-luka kat badan mamat ni. Siap nampak isi putih lagi. Awwwwwwwwwwwwwwwww. Aku tanya-tanya mereka yang turut berhenti kat situ, nasib baik dah call ambulans. Tapi aku macam tak puas hati, aku sendiri call ambulans lagi sekali. Aku bukan tak nak bawak mamat ni naik kereta aku tapi aku tau ada prosedur ke apa ntah untuk mengangkat orang yang kemalangan. Takut tersalah angkat, ada patah ke apa ke, naya je kang. Tunggu punya tunggu punya tunggu, setengah jam ambulans baru sampai. Pejadah. Last-last kawan mamat tu yang baru sampai terus bawa dia ke Columbia Hospital di saat ambulans baru jugak sampai. Geram agaknya.

Oh ye, sedang kami semua tengah dok tenangkan si mamat ni, driver bus tadi dah pun cabut dengan selambanya. Sebelum tu dia berhenti sekejap, tengok dari jauh dan berkata "ah takde ape2. Dia jatuh sendiri. Indian pun", then terus cabut. Lahabau punya orang!

Aku geram pada isu racism si driver bus tadi. Babi naik sampan betol! Nasib baik ada yang catat Plat no, dan pass kat polis yang sampai. Aku rasa tak sempat sampai masuk tol Skudai, dia dah kena tahan dek polis.

Dalam isu ni, kalau dah salah tu janganlah tambah masalah lagi. Ngadap aje lah. Lari tak guna bai, saksi ramai. Racist pulak tu. Aduhai.

Moral: Jangan guna alasan macam tu la brader. Bodoh punya racist.

Aku kembali lagi sebagai Yanty

As salam semua...

Aku kembali lagi setelah hampir 3 tahun aku menyepi dari menulis blog. Padahal dulu pun aku tak post banyak pun. Ada post yang aku delete memandangkan ayat yang aku sendiri nak gelak bila baca balik. So tinggal seketul post sahaja wakakakakakakakak.

Sebelum tu, aku minta korang yang kenal aku silalah panggil aku YANTY, bukan lagi Yalynn. Aku guna nama sebenar ni kerana aku nak jadi orang yang lebih segar dari segi pemikiran, fizikal, jiwa, apa2 jelah berbanding watak terdahulu hehehhehhe.

Kononnya dalam kepala otak aku ni macam banyak je idea nak menulis tapi aku tengah blank pulak sekarang ni. Hampeh tol. Tapi takpa, aku akan kembali lagi lepas ni.



Nah! Hamek ko!