Pages

Friday, December 27, 2013

Tiap-tiap Hari (Bahagian 1 – Penangan mabuk)

Tiap-tiap hari aku dok mengira hari.
Tiap-tiap hari aku diulit rindu, cintan-cintun.
Tiap-tiap hari aku makan, minum.
Tiap-tiap hari aku telan ubat.
Tiap-tiap hari aku mengadapNya.
Tiap-tiap hari aku di atas kerusi tamu kayu.
Tiap-tiap hari aku menonton TV cap Singer. Naik bosan dibuatnya.
Tiap-tiap hari aku cakap-cakap dengan mak, abah.
Tiap-tiap hari aku asyik tekan-tekan keypad Nokia mak aku.
Tiap-tiap hari aku main-main mesej dengan mamat tu.
Tiap-tiap hari aku berlari ulang-alik marathon bagai, hanya ke singki.
Tiap-tiap hari aku rasa semput, mual, sakit kepala.
Tiap-tiap hari aku sembelit.
Tiap-tiap hari aku togak susu tepung Dutch Lady tapi.....
Tiap-tiap hari jugak aku muntah balik air susu tu..hmmm..
Tiap-tiap hari aku melayan sembelit lagi.
Tiap-tiap hari aku pakai ubat lawas sembelit..tapi doktor macam tak kenan lagu tu.
Tiap-tiap hari aku dengar monyet-monyet bising mencari makanan.
Tiap-tiap hari mak abah halau monyet-monyet tu jauh-jauh.
Tiap-tiap hari aku cuba perah ilham teragung kononnya tapi...
Tiap-tiap hari jugak aku kecundang ilham. Adoi.
Tiap-tiap hari aku berharap tulisan aku comel sikit.
Tiap-tiap hari aku rasa menyampah tengok tulisan buruk aku ni. Itu pasal la tak dapat ilham kot?
Tiap-tiap hari aku nak buat lagu ala-ala Jack Johnson.
Tiap-tiap hari aku sungguh-sungguh petik gitar walaupun ke laut.
Tiap-tiap hari kaki aku cuba dum-tak-dum-tak. Peh! Haremjadah.
Tiap-tiap hari aku uji vokal, mana tahu dapat macam Alicia Keys.
Tiap-tiap hari aku ada rasa bosan sebab...
Tiap-tiap hari itulah aku tak puas dengan pencapaian aku.
Tiap-tiap hari aku fikir aku tak berguna. Iye aku tau ini tak bagus untuk kesihatan.
Tiap-tiap hari aku pujuk diri dengan kata-kata pujangga.
Tiap-tiap hari aku cuba menjadi terbaik.
Tiap-tiap hari aku baca Pa & Ma.
Tiap-tiap hari jugak aku mengantuk setiap kali membaca. Apa nak jadi ni.
Tiap-tiap hari aku asyik lah mengantuk, takkan nak suruh mak bacakan untuk aku? Hamboi.
Tiap-tiap hari aku teringat kat mamat tu.
Tiap-tiap hari aku kira bila Isnin, Selasa nak tiba.
Tiap-tiap hari aku kembali mengira hari.
Tiap-tiap hari aku tunggu mamat tu.....suamiku.
.
.
.
.
.
Dan tiap-tiap hari jugak la aku masih tak sambung2 Part 2. Belum ada kerajinan dan masa sesuai. Wahahahahhaha

No comments:

Post a Comment